Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tiga beranak termasuk bayi m4ut,kenderaan langgar pokok


Kuantan: Tiga beranak m4ut manakala tiga lagi cedera selepas pikap dinaiki keluarga itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 200.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, di sini hari ini.

Mereka yang m4ut ialah pasangan suami isteri, Mohamad Shafiq Zailani, 33 dan Faeiznoor Mansor, 32, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara, bayi lelaki pasangan itu yang berusia 10 bulan, Daryan Marwa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Tiga anak mangsa yang terselamat ialah Mohamad Danish Uqasha 9, Dhia Medina, 5 dan Damiaa Melissa, 2.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pikap jenis Ford Ranger berlaku kira-kira 4 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati, pikap yang dipandu Mohamad Shafiq dari Bandar Jengka, Maran menghala ke Kuantan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan.

"Akibat kemalangan, pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi lelaki berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia di HTAA, Kuantan.

"Tiga lagi anak pasangan yang cedera dibawa ambulans ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, di sini dikejarkan ke lokasi kemalangan.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Disiarkan pada: November 19, 2022 @ 7:33pm
Asrol Awang
am@hmetro.com.my

#HarianMetro

Posting Komentar untuk "Tiga beranak termasuk bayi m4ut,kenderaan langgar pokok"