Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kisah 3 Beradik Tak Sah Taraf, Dibuang Ibu Dibuang Bapa Bio

Kisah 3 beradik tak sah taraf yang menyentuh hati ini menjadi tular selepas dikongsikan oleh Mak Liza melalui Facebook Baitus Solehah.

Ditinggal ibu kandung, diabai oleh bapa biologi, mujur isteri lama kepada bapa bio hantar 3 beradik ini ke tempat yang betul.

Berikut kisah 3 beradik ini ;

(catatan: jika mahu membantu, terus bantu ke akaun Madrasah yang saya beri melalui mesej. Akan ada yang ambil kesempatan untuk membantu dengan memberi akaun peribadi. Berhati hati kerana kisah 3 beradik sudah viral.)

Ibu mereka seorang mualaf. Bertemu dengan seorang lelaki beragama Islam. Tinggal bersama konon nak menjaga dan melindungi. Duduk serumah tanpa nikah hingga melahirkan 3 orang anak.

Yang sulung lelaki berumur 12 tahun, nombor 2 berumur 11 tahun dan yang nombor 3 berumur 9 tahun. 

Oleh kerana tidak ikatan perkahwinan, ibu kandung anak anak ini melarikan diri, meninggalkan anak ini dengan biopa. (lelaki yang derma spҽrma tapi tak mahu bernikah dengan perempuan itu setelah mengandungkan.)

Biopa jumpa pula dengan seorang perempuan lain yang berstatus janda. Perempuan ni sudi menerima lelaki ini dengan mengaku duda anak 3. Bawa anak anak ini tinggal dengan isteri baru. Isteri baru menerima kehadiran ketiga tiga anak yang didakwa anak kandung tanpa mengetahui status anak anak ini. Bila sampai masa nak disekolahkan anak anak ini, isteri baru nampak sijil lahir mereka. Ketiga tiga berbin dan binti Abdullah. Bila diselideki, baru tahu anak anak ini anak zi̴na suami dengan perempuan mualaf. Mulanya, isteri baru sudi menjaga anak anak ini kerana kasihan.

Tapi biopa mereka ni, kini telah menjadi suami, buat perangai lagi. Bernikah dengan perempuan lain. Selepas bernikah dengan perempuan lain, abaikan isteri lama. Anak anak 3 orang tu disuruh jaga tanpa beri nafkah.

Isteri lama marah dan tak mahu peduli. Sekolah anak anak ini terkandas. Tambahan pkp, langsung tak bersekolah. Nak pdpr, apa keperluan pun takde. Isteri lama bertindak menghantar ke home tahfiz. Kononnya home tahfiz boleh beri sara hidup dan pendidikan percuma. Lepas hantar, terus tinggal, tak peduli yuran atau perbelanjaan lainnya.

Biopa senyap, ibu tiri(isteri lama) pun senyap. Home tahfiz tak tergamak nak buang mereka. Nak hantar kemana? Dalam sijil lahir ada nama ibu, tapi ibu pun tak tahu dimana.

Tak kan kita nak biarkan mereka terkandas pelajaran dan tercicir di dalam menuntut ilmu. Home tahfiz pun perlukan biaya sara hidup dan yuran belajar, bukan seorang tetapi 3 orang. 

Maka saya memberi peluang kepada sesiapa yang sudi menaja mereka ni belajar di home tahfiz. Marilah kita kongsikan sorang sikit membantu mereka bertiga ni. Biarpun mereka tidak disayangi oleh ibu kandung dan biopa, masih ada insan budiman yang sudi terima mereka, menjaga, memberi tempat berlindung dan pendidikan kepada mereka ni. Tapi tu, semua perlu biaya. Mudir madrasah home tahfiz sudi menjaga mereka. Menjaga penuh kasih sayang. Maka, kita bantulah mereka ni.

Boleh dijadikan mereka ni anak angkat alam maya. Taja pendidikan mereka sehingga mereka tamat belajar dan boleh berdikari. Marilah kita jadi orang yang prihatin dengan ummah.

Anda bijak jauhi zi̴na, inilah akibat zi̴na, menyebabkan kepincangan institusi kekeluargaan dan tidak bertanggungjawap.

Jika nak bantu, hubungi saya melalui inbox. Saya detailkan perbincangan bersama sama. Yang serius boleh hubungi saya demi menjaga aib anak anak ini dan masa depan mereka yang tidak pasti. Mereka akan bertemu masalah apabila nak buat kad pengenalan sebab ibu kandung menghilangkan diri.

Opah Cucu Seribu,

Mak Liza 

Posting Komentar untuk "Kisah 3 Beradik Tak Sah Taraf, Dibuang Ibu Dibuang Bapa Bio"